Friday, September 17, 2010

PERGINYA TETAMU AGUNG..

Malam itu hatiku sangat teruja menunggu pengumuman tarikh permulaan berpuasa bagi tahun ini. Usai sahaja solat maghrib, aku segera membuka televisyen. Awal-awal lagi aku sudah memasang niat untuk bertadarus Al Quran sehingga khatam dan pergi solat terawikh di surau berdekatan rumah. Aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna berbanding ramadhan yang lepas-lepas.

Pagi itu, awal-awal lagi aku sudah terjaga untuk menolong mak di dapur untuk memasak juadah bersahur. Selepas bersahur, aku memulakan membaca ayat suci Al Quran bermula dari surah Al Bakarah sementara menunggu waktu subuh. Alhamdulillah... Hari pertama puasa dapat aku jalani dengan sebaiknya. Kebetulan pula, sepanjang hari itu cuaca redup. Memang benar Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Hari berganti hari dan detik waktu pantas berlalu.. Hari ini ramadhan sudah memasuki hari yang ke 29. Namun segala azam dan janji-janjiku yang aku niatkan terkubur begitu sahaja. Sekalipun aku tidak menjejakkan kaki ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat terawikh. Ajakan mak dan abah untuk menyertai mereka untuk qiamullail juga dipandang sepi.
Nasi sudah menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun masa tidak boleh diundur lagi. Pada ketika ini, aku segera teringatkan kata- kata adikku apabila aku menceritakan perihalku tidak bersolat terawikh. " Lebih baik kau pergi berterawikh. Ramadhan ni setahun sekali je. Kita tak tau tahun depan kita hidup lagi ke tidak."

Takbir bergema menandakan berakhirnya ramadhan pada tahun ini. Sekali lagi aku menitiskan air mata kesedihan mengiringi pemergian ramadhan. Ramadhan, aku benar-benar merindui kehadiranmu. Aku berjanji kedatanganmu pada tahun depan akan ku sambut dengan penuh rasa tawaduk. Ya Allah, Kau kuatkanlah iman hambaMu ini dan Kau panjangkanlah nyawaku supaya aku dapat menyambut kedatangan tetamuMu yang agung. Amin~

SeLamat bertemu kembaLi.. ;)

Lamanya tak mengupdate blog ni, rasa berbulan jugalah.. Kesibukan menyiapkan assignment yang terlalu banyak dengan exam yang bertimbun2, menyebabkan blog ini terbiar tanpa diupdate.. huhu..

Baru disibukkan dengan urusan kecil ini dah mengeluh, belum lagi disibukkan dengan urusan yang maha hebat.. tak tahulah macam mana nak handle nanti.. huhu..

YA ALLAH, permudahkanlah urusan kami.. semoga kami sentiasa bersyukur dengan nikmat yang KAU berikan kepada kami.. ;)