Wednesday, August 11, 2010

tentang kita..

~dia seorang yang sensitve..
~dia seorang yang lembut..
~dia seorang yang manja...
walau berbeza ragam dan aksi..
walau berbeza datang asalnya...
kita disatukan dibawah satu bumbung..
menongkah arus gerbang masa kini...
itulah KITA...

Monday, August 9, 2010

MaCaM MaNa NaK JaDi BaiK???

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu membaiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya, untuk membaiki hati, kita perlulah bermula dengan SOLAT...

Ungkapan in hasil daripada persoalan yang timbul oleh seorang hamba Allah. "Dari mana nak perbaiki diri. Dari mana harus saya mulakan?". Pertanyaan ini dijawab dengan "mulakanlah dengan solat,". Kenapa solat? Kerana orang yang baik itu adalah orang yang solat..

Diceritakan kepadanya bagaimana satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang orang yang telah mengerjakan solat tetapi tetap mencuri. Abu Hurairah bertanya, bagaimana keadaan orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang yang lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri. maka sepatutnya orang yang masih jahat walaupun melakukakan solat, perlulah memperbaiki mutu solatnya, apabila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik...

Hardware dan Software Solat

Apa itu Hardware dan software?
Hardware - solat itu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul , rukuk, sujud dan sebagainya.
Software - rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.
mencari ilmu dengan dengan cari makna bacaan , cari tafsiran pada ayat yang kita baca dalam solat, serta mencari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul.
Imam Ghazali telah memberi amaran: bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa itu, sama keadaannya dengan mempersembahkan 'bangkai' tidak bernyawa.
Maka, rasa takut, harap, kagum, malu, dan hina itu perlu ada dalam diri setiap hamba ALLAH untuk mencari kekhusyukkan dalam solat.

Nak jadi BAIK memang LAMBAT

Kenapa orang tidak mahu atau malas mengerjakan solat? Punca orang enggan solat adalah apabila dia tidak terasa perlukan ALLAH dalam kehidupannya. Dia tidak nampak atau terasa keAGUNGan, keKUATan, keKAYAan, keILMUan dan Lain-lain sifat kesempurnaan ALLAH. Orang tidak nampak kebesaran ALLAH, sebab dia tidak terasa keKERDILan dirinya. Sebaliknya, dia merasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan, dan kekaguman bukan kepada ALLAH tetapi kepada 'tuhan-tuhan' lain selainNYA.

Oleh yang demikian, untuk menjadi seorang yang baik, kita perlulah menjaga kualiti solat dengan khusyuk apabila mendirikannya. Hal ini kerana, jika tidak khusyuk semacam tidak berguna kita bersolat. Akan tetapi jika hendak khusyuk perlulah kita menunaikannya secara perlahan-lahan sambil meningkatkan mutunya.

(Petikan daripada Majalah Solusi - edisi 3)